Monday, February 1, 2010
at
6:21 PM
Posted by
Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Tribute buat kakak yang telah menulis pesanan ini....
Adikku, Andaikata sudah punya pilihan hati yang soleh, dan engkau menunggu dan terus menunggu hingga berlalu begitu sahaja masanya sehinggakan engkau menerima lamaran dari entah sesiapa...Alangkah ruginya dan sia-sianya penantianmu selama ini adikku.
Adikku, Engkau tahu bahawa 'duniamu' ini memang ramai Insan Solehah sepertimu tetapi malangnya sedikit pula Insan Soleh seperti dia. Justeru, seperti nasihat yang berbuih-buih diberikan padamu..Ayuhlah, Bangkitlah adik-adikku sekalian...jangan bazirkan masa berhargamu dengan menunggu Insan Soleh ini sebaliknya engkau yang mendahului.
Adikku, Insan Soleh ini punyai lambakan pilihan sehingga 'kabur' matanya dan bisa saja kabur pula hatinya...Malangnya adikku, Insan Solehah sepertimu tidak punya pilihan seperti mereka dan tidak punya masa yang banyak seperti mereka...jadi tidak dapat tidak engkau perlu memulakannya.
Adikku, letakkanlah rasa malumu dan ketakutan yang melanda hati serta seluruh jiwamu sejauhhhh...jauhnya. Kerna persoalan yang bakal engkau tempuhi dan lalui ini lebih besar dan cukup besar natijahnya andaikata engkau terus-terusan begini. Jika benar engkau ikhlas, mana mungkin persoalan malu dan takut itu mengatasi persoalan agama dan kemandirian keluarga muslim.
Adikku, acapkali aku lihat rasa sedih itu membayangi wajahmu dan aku merasa cukup letih dan letih… untuk melihat ini semua kerana aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa membantu dirimu melainkan dirimu sendiri yang merubahnya. Aku hanya mampu berkongsi cerita-cerita yang tidak layak bagiku untuk dilabelkannya sebagai pengalaman kerna aku sendiri belum sampai ke penghujung ceritanya.
Adikku, namun aku sebagai kakakkmu dan saudara seIslammu punya harapan agar sebelum aku meninggalkan kalian semua, sempat aku melihat wajah-wajah yang dibayangi kesedihan ini berubah kerna kalian punya hak untuk mendapatkan yang terbaik dan hidup bahagia. Tidak banyak yang aku pinta hanya ingin melihat riak-riak suka di wajah kalian. Jadi adikku, tiada kata-kata lain yang mampu aku tuturkan hanya saja; Ikhlaskan dirimu, Tekadkan hatimu, Pasakkan niatmu, Majukan langkahmu.. Jika benar matlamatmu nescaya Allah tidak akan mensia-siakan setitis dari usahamu kerna Insan Soleh tidak akan menolak Insan Solehah.
Adikku, akhirnya aku mengharapkan engkau jelas lagi sedia mengetahui bahawasanya “Jodoh, Ajal, Rezeki dan Akhir hidup manusia itu telah ditentukan oleh Allah”. Jangan engkau rasa kecewa jika Allah tidak memakbulkan doamu kerna Dia merancang yang terbaik buatmu, Jangan engkau rasa gundah bila Allah lambat memakbulkan doamu kerna Dia sedang mengujimu dan Ucaplah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah apabila Dia memakbulkan doamu kerna itu tanda Dia menyayangimu. Read More......
Tuesday, January 26, 2010
at
9:21 AM
Posted by
Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Pendedahan Eksklusif
SURAT TERBUKA BUAT AYAHANDA NAIB CANSELOR SEMPENA PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)
AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI : MOHON PENJELASAN
1.Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan ke atas Ilahi atas limpah rahmat serta kasih sayangNya kita masih lagi dikurniakan pelbagai limpahan nikmat di bumi UTM yang tercinta ini.
2.Saya yakin dan percaya kehadiran surat ini mungkin akan mengundang sedikit rasa kecewa diperingkat Dato’ disebabkan selaku anak saya merasakan ianya agak kurang beradab untuk berbicara dalam ruang sesempit ini. Namun saya lebih yakin bahawa Dato’ akan lebih kecewa apabila melihat sendiri gelagat serta tindakan sebahagian daripada penggerak dan pentadbir universiti yang cuba untuk memburukkan serta mencemarkan imej dan nama baik universiti.
3.Selaku penggerak utama Pro-Mahasiswa, saya merasa sedih dan kecewa dengan tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohad Anizu Bin Hj Mohd Noor ( Pengetua Kolej Rahman Putra) kepada salah seorang calon Pro-Mahasiswa yang mana dalam ucapan beliau banyak menyentuh soal pencemaran terhadap autonomi universiti oleh pihak-pihak luar serta mengajar dan mendidik tentang budaya politik kotor yang sememangnya bertentangan dengan politik nilai yang Pro-Mahasiswa perjuangkan.
4. Di sini disertakan bersama rakaman [link] ucapan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Mohad Anizu Bin Hj Mohd Noor semasa bertemu dengan salah seorang calon Pro-Mahasiswa.
5.Antara kenyataan yang perlu diberi perhatian serta mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia setelah mendengar rakaman tersebut adalah seperti berikut :
5.1 AUTONOMI UNIVERSITI YANG DICEMARI
10 : 14 - “Dahulunya tak ada pengaruh luar, bila masuk pengaruh luar ada pemimpin-pemimpin di dalam kampus ini yang terpengaruh dengan pengaruh luar cuba bentuk satu kumpulan baru, sebab tu dulu tak ada aspirasi…”
13 :40 – “ menang diorang nih (PMI) sebab tu universiti takdibagi apa…setiap universiti yang menang dianggap pembangkang dimana-mana kampus, org UMNO akan bersuara, apa tu pembangkang menang di kampus nih, jangan bagi apa-apa pada mereka…mereka menentang kerajaan..sebab tu lah kita tak dapat apa-apa, kita yang terakhir dapat stadium…”
14 : 08– “ Jika Pro-M nih menang UTM akan mundur laa…ya, mungkin kerajaan..itu orang kata dasar kerajaan mana-mana sekalipun…”
15 : 00 –“ Budak-budak Pro-M kalau menang nanti kerajaan stop stadium ni apa awak nak ?..”
15 : 38 – “ Sebab tu saya kata kalau menang Pro-M, kita tidak akan dipandang oleh kerajaan..”
27 : 30 – “ Sama-sama..sebab dah mula ada pembangkang, sebab itu kita sendiri UMNO tu dia prihatin dengan pilihan raya kampus..ha…dia prihatin sebab kalau ada pembangkang habis kita..sebab tu la UMNO..memang saya akui UMNO pun support kita…”
16 : 02 – “kerajaan memang bagi arahan, ya bagi jugak sebab…lima tahun lepas tu pernah dia kutuk UMNO..ahh NC, dia melibatkan sendiri kekalahan aspirasi menyebabkan NC jatuh, TNC NCjatuh, sebab dikira gagal menguasai pelajar…”
8 : 06 – “ Jika awak berada di sebelah sana, awak tak bersama saya lah..sebab tu saya cakap, orang yang bersama saya saja akan dilantik jadi JKM…”
9 : 40 – “ Itu kuasa pengetua, pengetua buat apa yang patut..sebab awak berada di pihat satu lagi, awak tak bersama saya..saya,macam saya cakap tadi,calon-calon saya nih calon Evo..kalau awak nak bertanding mungkin awak nak menang…saya calonkan awak calon Evo..calon bersama pengetua…”
10 : 32 – “ Kira Aspirasi nih bawah pengetua lah..calon-calon aspirasi tu semua bawah pengetua..maknanya calon-calon kamilah..”
5.3 MENGANJURKAN AMALAN POLITIK KOTOR
12 : 07 –“ Kalau aktif kamu dapat kuota, tu macam tak professional..betul tu tak professional tapi orang kata nih hakikat, di luar sekalipun..di luar contoh..pasti dimana-mana pun di luar memerintah negeri pasti dah dia akan cantas parti-parti yang lain…kalau contoh BN perintah, semua org2 PAS dalam tu, contoh cikgu-cikgu kena pindah jauh”
32 :53 – “ Sebab tu wujudnya unsur kronisme, sebab orang ni je yang boleh bekerja dengan kita..takkan dia nak amik orang-orang…”
39 :08 – “Kalu awakbertanding untuk saya..Kita akan bagi support sepenuhnya,kolej akan bagi support, modal..”
6. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ini membuktikan sememangnya wujud campur tangan pihak politik terutama UMNO dalam mencatur kedudukan serta perjalanan universiti itu sendiri yang sepatutnya menjadi taman akademik melahirkan golongan intelektual yang terhindar daripada pengaruh kotor sebegini. Keadaan ini bukan sekadar menggugat autonomi universiti malah memberi kesan yang buruk kepada warga kampus itu sendiri khususnya mahasiswa.
7. Kami Pro-Mahasiswa mewakili suara seluruh mahasiswa kampus UTM amat-amat menantikan jawapan penjelasan dari pihak ayahanda NC andai sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini adalah tidak benar dan bercanggah dengan amalan universiti selama ini. Ini kerana, kami melihat perkara ini sebagai suatu masalah yang serius dan mampu mencemarkan nama baik universiti.
8.Sekiranya kenyataan yang dikeluarkan ini becanggah dengan amalan universiti, saya amat berharap agar satu tindakan tatatertib dikenakan terhadap pihak yang terbabit. Saya menyarankan agar saksi yang terlibat dalam rakamam ini dijemput bersama untuk memberikan keterangan secara rasmi. Perbincangan bersama peguam serta badan bebas yang lain seperti Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bakal dilangsungkan bagi memastikan piliharaya kampus kali ini bersih dan terhindar daripada campur tangan pihak asing.
9.Saya yakin dan percaya, UTM bukan sahaja mahu melahirkan mahasiswa yang memiliki daya intelektual dan sifat integriti yang tinggi, malah UTM juga mahu melahirkan kakitangan dan pentadbir yang berkualiti serta amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Universiti yang bersih serta tidak tercemar dengan amalan budaya membudakkan mahasiswa akan disanjung tinggi.
10. Akhir kalam, saya wakil Pro-Mahasiswa mewakili suara sekalian mahasiswa UTM meletakkan setingi-tinggi pengharapan pada Dato’ dalam usaha menjernihkan perkara ini. Harapan yang menggunung tinggi ini serta kerjasama yang diberikan oleh ayahanda Dato’ Naib Canselor kami dahului dengan ucapan jazakallahu khairan jaza’. Mudah-mudahanusaha sama yang dibuat menjaga kualiti serta integriti universiti ini member manfaat untuk jangka masa panjang.
Saya sering kali mencari jawapan kepada teori di atas. Memandangkan entri saya sebelum ini berkisar persoalan 'kelambakan muslimah solehah' hari ini. Jadi satu solusi yang konkrik perlu hadir dalam usaha menjahmah taqdir yang menjadi ketentuannya. Elemen usaha dilihat menjadi katakunci perbincangan kali ini.
Di dalam Islam kita sebagai muslim haruslah mengutamakan Al-Qur’an dan sunnah sebagai panduan dan bukan akal, bukan persekitaran atau pun adat. Firman Allah swt :
" Wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan Uli al-Amri (Orang-orang yang mengurus hal ehwalmu penguasa dari kalangan kamu.." (An-Nisa :59).
Sekalipun dalam kaedah fiqhiyah menyebut “Al-A’dah Muhakamah” iaitu adat itu menjadi penghukum dan diambil kira dalam menentukan keputusan (lihat dalam Al-Wajiz fi Qawaid fiqhiyah m/s 100) namun sebenarnya pemahaman terhadap kaedah ini sering disalah erti oleh orang awam.
“Kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sangkaan sahaja. Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat menentukan sesuatu dari kebenaran (iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan” (Yunus : 36).
Dimaksudkan adat sebagai diambil kira dalam hukum dan keputusan ialah apabila tiada dalil dan pertunjuk yang jelas dalam sesuatu perkara dari Al-Qur’an dan sunnah dan tidak wujud riwayat dari para sahabat dan salaf soleh. Selain itu terjadi adat sebagai pertimbangan hanya dalam perkara furu’ yang berbentuk kaedah pelaksanaan bukan dasar atau pegangan.
Misalnya dalam ibadah korban, jika pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan di Malaysia maka adat terpakai dengan melakukan korban mengunakan binatang yang mudah didapati dan biasa dibuat korban misalnya lembu atau kambing bukan unta atau kibasy yang hanya terdapat di Negara arab.
Begitulah juga adat terpakai dalam penakrifan sesuatu perkara menurut sesuatu kaum misalnya orang yang bersumpah nazar tidak mahu memakan daging lalu dia memakan ayam kerana menurut kebiasaan daging merujuk kepada lembu, kerbau dan ayam tidak dikira sebagai daging demikianlah contoh pelaksanaan adat.
“Dan jika kamu hanya mengikut kebanyakan orang di muka bumi ini nescayalah mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).
Adapun dalam hal ibadah dan perkara dasar Islam seperti nikah dan perkahwinan yang merupakan sunnah dan ketetapan syariat maka hendaklah kita merujuk kepada Al-Qur’an dan sunnah selagi terdapat pertunjuk dan panduan dari keduanya.
Sebagaimana sabda baginda rasulullah :
" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).
Sesungguhnya di dalam Islam disyariatkan kepada seorang wanita untuk menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh dan beragama apabila dirinya mendapati lelaki tersebut benar akhlaknya dan benar peribadinya menurut syariat Islam (lihat Sahih Fiqh Sunnah m/s 107 Jilid 3).
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata :
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra :
“Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Sesungguhnya hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).
Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti :
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).
Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar. Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut :
“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36 , Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah). Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
Sungguhpun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai malu dan sebagai perempuan, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat . Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra :
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra ? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya :
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan : Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata :
“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari : Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah : “ Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya” (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).
Sesungguhnya Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.
“ Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38).
Justeru perbahasan ini dilihat dapat membuka minda serta harapan buat kaum hawa yang semakin hari semakin meningkat umurnya. Usaha tangga kejayaan.
Friday, January 15, 2010
at
10:57 AM
Posted by
Mohd Amin Bin Mohd Hamami
Kepada Ayahanda Prof Dato’ Dr.Ir Zaini Ujang Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
Assalamualaikum w.b.t,
Firman Allah yang bermaksud: "Serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah al Hujurat, ayat 9)
Saya amat berbesar hati sekiranya Dato’ dapat melapangkan sedikit masa untuk mendengar suara dan keluhan mahasiswa yang akan saya bentangkan kepada dato’ melalui surat ini. Moga kesudian Dato’ membaca dan memberi maklumbalas kepada surat ini tanda prihatin Dato kepada mahasiswa. Semoga ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara pemimpin Universiti dan juga kami, rakyat Mahasiswa.
Ayahanda Naib Canselor yang dirahmati Allah,
Di kesempatan ini, saya mewakili Pro Mahasiswa UTM mengucapkan setinggi tahniah kepada yang berbahagia Dato’ diatas perubahan positif yang begitu mendadak sepanjang kepimpinan Dato’ dalam memimpin Universiti Teknologi Malaysia untuk lebih maju kehadapan. Dengan gagasan budaya ilmu yang cuba dibawa oleh Dato’,sedikit sebanyak telah memberi kesan yang positif kepada suasana universiti walaupun ianya belum dilihat secara menyeluruh.
Namun, beberapa perkara yang saya cuba utarakan disini selaku wakil seluruh mahasiswa untuk memohon respon daripada Dato’ sendiri berkenaan pilihanraya kampus yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Suara Mahasiswa ini di adukan kepada Dato’ kerana status Dato’ sebagai Naib Canselor dan pemimpin teratas dalam pentadbiran universiti di lihat dapat membantu mahasiswa dengan membuat keputusan dan kenyataan secara adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak sama ada kepada Pro Mahasiswa, Evolusi Mahasiswa ataupun calon bebas yang bakal bertanding dalam pilihanraya kampus nanti.
Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh pihak Pro Mahasiswa UTM kepada yang berbahagia Dato’, beberapa tuntutan yang telah kami gariskan. Salah satunya adalah melibatkan soal campur tangan dan keterlibatan “Pengetua Kolej” mahupun “Pentadbiran Universiti” dalam pilihanraya kampus yang akan diadakan bagi memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sebagai badan tertinggi yang bakal memimpin mahasiswa UTM.
Tetapi, beberapa siri pilihanraya yang lepas telah menunjukkan bahawa telah berlaku ketidak adilan dalam pilihanraya kampus khususnya berkenaan ugutan dan ancaman daripada pihak pengetua kepada mahasiswa. Politik kampus seperti ini dilihat tidak sihat malah akan menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk memilih kepimpinan secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Ayahanda yang dihormati,
Melihat kepada situasi yang berlaku pada masa yang lepas dan pada hari ini, mahasiswa telah diugut untuk tidak mengundi, menyokong apatahlagi bertanding atas tiket Pro Mahasiswa malah mendapat ancaman untuk dibuang kolej walaupun aktif dalam JKM dan organisasi dalam kolej. Pelbagai aduan yang kami telah terima berkenaan keresahan mahasiswa untuk mengundi calon bukan pilihan pengetua. Oleh kerana itu, aduan itu terus diajukan kepada Dato' sendiri.
Begitu juga yang dilakukan terhadap blog Pro Mahasiswa UTM (www.promahasiswautm.blogspot.com) sebagai lidah rasmi untuk menyampaikan maklumat telah disekat oleh pihak pentadbiran universiti daripada dilayari oleh mahasiswa manakala blog Evolusi Mahasiswa masih dapat dilayari seperti biasa tanpa sebarang sekatan. Ini sekaligus menafikan hak mahasiswa untuk mendapat maklumat secara telus,adil dan bebas daripada kedua-dua pihak menjelang pilihanraya kampus. Maklumat ini penting agar mahasiswa dapat menilai kepimpinan kedua-dua pihak dan memilih atas dasar kesedaran mereka sendiri, bukan kerana pengaruh mana-mana pihak atau faktor paras rupa.
Ini telah menjadi persoalan kepada kami diperingkat mahasiswa. Apakah makna dan tujuan pilihanraya kalau perkara sebegini berlaku? Adakah ini yang dinamakan demokrasi kampus? Di mana hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan secara bebas? Dimana keadilan yang ditunjukkan oleh pihak universiti?.
Ayahanda Dato’ Naib Canselor yang bijaksana,
Justeru, Saya mewakili mahasiswa secara keseluruhannya menuntut agar Dato’ dapat memimpin universiti secara adil dan saksama dengan mengambil kira dan bertindak atas aduan ini.
Renungi firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya." (Surah al Nahl, ayat 90)
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tujuh golongan yang Allah berikan lindungan kepada mereka pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan Allah; PEMERINTAH YANG ADIL, pemuda yang membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua lelaki yang berkawan dengan penuh kasih sayang kerana Allah bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, lelaki yang diajak berzina oleh seorang perempuan yang ada kedudukan serta mempunyai harta lalu dia berkata: aku takut kepada Allah, lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyi hingga tiada diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, dan lelaki yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sunyi lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah."(Hadis Muttafaq'alaih)
Di samping itu ada beberapa hadis memberi amaran kepada pemimpin yang tidak adil serta tidak berbuat baik kepada golongan dipimpin. Antaranya, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak seorangpun daripada hamba Allah diberi tanggungjawab memimpin, lalu dia mati pada hari dia dimatikan dalam keadaan melakukan penipuan terhadap rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga." (Hadis Muttafaq 'alaih)
Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:
"Barang siapa yang dilantik oleh Allah untuk menguruskan hal ehwal orang Islam tetapi dia tidak melaksanakan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada mereka serta tidak memenuhi keperluan dan hajat mereka, nescaya Allah tidak akan memberikan sesuatu kebaikan kepadanya serta tidak memenuhi keperluan dan hajatnya pada hari akhirat." (Hadis riwayat Abu Daud dan al Tirmizi)
Kita mengharapkan mahasiswa yang telah dibentuk sepanjang berada di UTM memperlihatkan keperibadian yang kita kehendaki. Kita mahu mereka ada sifat-sifat seorang pemimpin iaitu sekurang-kurangnya memperlihatkan sifat bertanggungjawab, amanah, syaja’ah, berani memperjuangkan hak mereka dan berani bersuara menentang ketidakadilan. Kualiti ini mungkin boleh kita lihat dengan mengkaji penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Ini adalah kerana penglibatan mahasiswa dalam pilihanraya kampus sekurang-kurangnya mencerminkan kesedaran mereka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai warga kampus. Lantaran itu, kami diperingkat Pro Mahasiswa “memohon kenyataan balas” dari Dato’ berhubung perkara ini agar mahasiswa tidak takut untuk memilih calon pilihan mereka secara bebas. Akhir sekali, saya ingin memetik sepotong hadis buat renungan:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga); seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannya, seorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." (Hadis Muttafaq 'alaih).
Sekian, Wallahua'lam
Mohd Amin Bin Mohd Hamami Ketua Jentera Pro Mahasiswa UTM 2010 No.Tel : 013-7141139
Nota: *Turut dilampirkan bersama surat ini rakaman yang diberikan kepada kami Pro Mahasiswa UTM oleh mahasiswa Kolej Rahman Putra untuk dinilai sendiri oleh Dato' . Download (disini)atau layari- http://www.4shared.com/file/195209381/3b16a99/Pengetua_KRP.html
Read More......
Thursday, December 31, 2009
at
11:10 AM
Posted by
Mohd Amin Bin Mohd Hamami
KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata."
Pesanan :Nampaknya ruang dan peluang semakin terbuka luas. Mahasiswa di bawah kepimpinan Datuk Saifuddin Abdullah telah dimurnikan hak mereka sedikit sebanyak dalam menyatakan hasrat serta pandangan mereka melalui sudut pidato yang telah diluluskan.
Jadi, masanya telah tiba untuk kita selaku mahasiswa mengambil peluang yang diberikan ini sebaiknya supaya mahasiswa dilihat kembali berperanan dalam menyumbangkan pandangan serta pendapat selaku kelompok intelektual dalam negara.
Saya yakin dan percaya, lahirnya sudut ini akan lebih mematangkan mahasiswa untuk meningkatkan kulaiti ilmu serta mampu untuk senantiasa cakna terhadap isu-isu semasa yang berlaku baik di kampus, isu negara mahupun isu luar negara.
Jom, sama-sama kita teruskan 'preparation' dan latihan ke arah memantapkan pengucapan awam supaya mampu untuk lahirkan bukan 1, tapi puluhan malah ratusan 'figure2' yang mampu memanaskan podium ucapan umum kelak.Read More......
Seorang insan yang mendamba cinta dan kasih Ilahi. Saat ketika diri ini jauh dari pelayaran menuju destinasi akhirat, DIA hadir dengan cahaya menyuluh jalan yang gelap
Revolusi yang Ditangguhkan ini bertujuan menyampaikan se suatu mesej atau dalam makna yang lebih jelas, mengkritik secara membina aspek sosial sebahagian besar manusia. Lihatlah di sekeliling kita... pemberian-NYA yang sering diabaikan. Jadikanlah segala yang berlaku sebagai iktibar, moga kita sentiasa bermuhasabah untuk terus memperbaiki diri.
Catatan Hati Nik Nur Madihah
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Dapatkan senaskhah buku Catatan Hati Nik Nur Madihah-Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan..
Intelektual Masyarakat Membangun
"Golongan intelektual ialah golongan yang mengadunkan ilmu pengetahuan dengan semangat intelektual. Cirinya sebagai intelektual dikaitkan dengan identiti ilmu yang ada pada golongan intelektual. Sedangkan fungsi intelektual daripada dilihat daripada bagaimana cara intelektual memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negaranya. Bagi mendapatkan penjelasan yang mendalam, dapatkan buku Intelektual Masyarakat Membangun. "
Nota Hati Seorang Lelaki
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.
Setitis embun semarak api
Buku ini mengisahkan susur galur kehidupan seorang sasterawan negara yang namanya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penanya tidak akan berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Kisah kehidupan yang sering dipaparkan dalam karya-karyanya, semata-mata untuk mengangkat martabat sastera tinggi di mata masyarakat.
Autobiografi ini bukan hanya berkisar tentang diri seorang sasterawan saja tetapi juga mewakili diri seorang guru, pendakwah, pengembara, seorang lelaki yang pernah jatuh cinta, penganggur, pelajar, penulis rencana, pengkritik, budayawan, malah seseorang yang cuba mendekatkan diri dengan parti politik berparti.
Menghayati Budaya Ilmu
Buku, Menghayati Budaya Ilmu, pada dasarnnya seperti buku-buku beliau yang lain, mengagaskan konsep budaya ilmu. Tumpuan ketara pada buku ini diberikan kepada mahasiswa baru yang pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading, khasnya di UTM.
Ayahanda Prof Zaini Ujang bersungguh-sungguh untuk menerapkan budaya ilmu, dari segenap lapisan masyarakat kampus. Sama ada pensyarah, mahasiswa mahu pun pentadbir, meliputi juga, kerani, juruteknik.
KATA KATA HIKMAT
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. ( Umar Al-Khatab).
Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).
Benar jadi berani. (pepatah China)
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. ( Hamka)
Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
Kalau kita memerintah kekayaan ,kita menjadi kaya dan bebas,kalau kekayaan memerintah,kita jadi miskin.(Edmund Burke).
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
Sekarang
-
*Gambar dari mana entah*
Gambar di atas adalah pertanyaan seorang guru kepada anak muridnya.
Siapa idola mereka. Dan berikut adalah senarai jawapannya.
...
Jodoh Saya Bukan Dengan Dia
-
Dia gegirl...
Nama dia Gegirl.
Tuan dia letak nama tu. Antara 13 ekor tu, bulu dia paling kembang dan paling cantik. Tapi masa kecik ni, tuan dia tak nampak...
KELAPANGAN yang kucari..
-
Bismillahirahmirahim
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang
Hanya kepadaMUlah tempat pengharapan diri ini
Pernah tidak antum merasa r...
Sayangnya Baginda Muhammad Kepada Umatnya
-
Dengan Nama Allah Maha Pemurah & Lagi Maha Pengasihani,Segala puji bagi Allah s.w.t kerana mengurniakan pelbagai nikmat kepada hamba-hambaNya. Amat beruntung...
SEKSAAN MENANTI WANITA
-
**
**
*SEKSAAN MENANTI WANITA*
*Rasulullah S.A.W telah melihat beberapa seksaan yang menimpa wanita . . .*
Setiap kali terkenangkan beberapa seksaan yang...
A step just began..
-
Alhamdulillah…
Kelmarin saya menerima sepucuk surat dari IEM (Institute of Engineers
Malaysia).
Katanya, permohonan untuk keahlian saya dalam IEM suda...
Tarbiyah, mentarbiyah dan ditarbiyah.
-
Bila menyebutkan akan tanggungjawab sebagai seorang murabbi, ia menjadikan
aku tunduk, insaf dan menyedarkan kelemahan diri yang terlalu hebat.
Tanggungjaw...
Inilah wakil FPPSM ke Parlimen Mahasiswa
-
Alhamdulillah, wakil Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
(FPPSM) untuk ke Parlimen Mahasiswa UTM sudah dipilih sebentar tadi.
Beliau ialah *S...
hurt me inside
-
kadang-kadang banyak perkara yang berlaku
dengan perlahan dan pantas
kadang-kadang kita harap ia menjadi seperti yang dirancang
jarang kita mengharapkan yan...
KASIH NENEK
-
Hati saya penuh..
Sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk digambarkan perasaanini..
Saya hanya dapat simpulkan dengan menyatakan hati sayapenuh..Nikmat yang ...
"HOK ALLAH WAT COMEL BLAKO DOH,"
-
*Assalamualaikum warahmatullah,*
*Buat semua bakal ummi...*
*"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, **mungkin
paras rupa itu m...
Perancangan Kewangan Islam
-
Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali
sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya
untuk menye...
hadiah surga untuk mak dan abah
-
Daripada hadis kitab riadhus solihin:
Rasulullah pernah memberitau dalam hadisnya bahawa Allah SWT akan menjamin
surga kepada kedua ibu bapa yang mempun...
12 and still counting
-
Bismillahirrahmanirrahim.
"Asmah, tolong tengok Asyraaf. Kami mau pegi hospital."
Suara abang di awal pagi Jumaat, 19 Ogos yang lalu mengejutkanku. Seming...
Andai Dia Bersama Kita
-
Bismillah
Alhamdulillah
Ramadhan yang ke empat. Alhamdulillah puji dan Syukur hanya pada Allah ya
maha Pengampun dan Maha Pelindung. Semoga Allah sentiasa ...
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
-
Yeay! Yeay! Esok Nak Puasa
Tak sabar rasanya menanti ketibaan bulan yang penuh barokah dan kemuliaan.
Masih berbaki 4 hari untuk sampai kepadanya. Semua...
Membuka Tirai Lama
-
Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua sahabat2ku? Setelah sekian lama aku menyepi dari alam blog
ini.
Akhirnya, insya Allah dengan kekuatan yang Allah s...
"Bahlut" - Kisah anak muda kaum Semai
-
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : RM 23.00
Penerbit : Ameen Kreatif
Hampir 2 tahun telah berlalu program bersama penduduk orang asli di Tanah
Abang, Mersin...
Projek Rekacipta
-
Salam alaik.
aku pegang 2 group untuk projek di atas.
aku bersyukur sesangat kerana dianugerahkan pelajar2 yang cerdas dan cergas.
idea diorang memang gemp...
Mungkin pernah dengar, tapi...
-
Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'?
Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya.
Pernah dengar?
Saya dengar perkataan Bait...
Dengan Keyakinan
-
Memang benar seperti yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, pada akhir zaman
orang yang hina (justeru jauhnya hubungan mereka dengan Allah) diangkat dan
dim...
Di mana diri kita saat ini..
-
Tika kita melangkah dalam kancah perjuangan ini, telah kita nekadkan dalam
hati ini bahawa diri ini akan ku waqafkan untuk Islam. Bahawa sesungguhnya
solat...
PENDIRIAN PMIUSM MENGENAI KEMELUT DI SYRIA
-
Negara Syria telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 dan telah
diperintah secara diktator oleh anak bangsa Syria sendiri iaitu semenjak
zaman Hafez al-...
UTM | diumum sebagai Universiti Berautonomi Penuh
-
JOHOR BAHRU, 8 Januari: Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Mohamed Khaled
Nordin membuat kejutan apabila mengumumkan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) d...
2011 tahun penuhi permintaan belia - Saifuddin
-
MUTAKHIR ini, kita banyak berbicara tentang keperluan untuk menyelami minda
belia (termasuk remaja, mahasiswa dan pelajar). Pelbagai langkah telah
dilakuka...
APCO: Prinsip dan Maruah
-
Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding komunikasi
yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim zoinis Israel.
Malaysia...