Spiga

'Tuhan Beri Aku Cinta' -replied



Assalamualaikum w.b.t

Saat ketika baru selesai membaca kisah 'Tuhan Beri Aku Cinta'.
Potret luahan ini rasa ingin dikongsi bersama.



Subhanallah..cerita yang menarik perhatian ana selaku panel JBM untuk berbicara barang sepatah dua. Masakan tidak, ana yakin dan pasti situasi ini sememangnya banyak telah terjadi dan pastinya akan terus berlaku. Ya, memang benar dan amat benar 'Kerja tuhan siapa yang tahu'. [baca kisahnya di sini]


Barang diingat sepekara dua, JBM hanyalah wasilah yang dibentuk selaku pemudah cara dalam urusan menggalakkan serta memudahkan lagi lahirnya banyak keluarga-keluuarga dakwah yang murni. Yang padanya akan meletakkan kita dalam suasana terus ghairah untuk melaksanakan urusan dakwah wa siasah lantaran selepas berumah tangga kelak. Mohon Allah perkenan hajat mereka yang berniat ke arah ini.


Adapun mungkin ramai terutamanya dikalangan muslimat (yang semenangnya zahir kuantiti melebihi muslimin) setengah dari setengahnya seperti yang dikisahkan dalam nukilan 'Tuhan Beri Aku Cinta' ini, perkenan Allah mahukan jodohnya bersama mereka yang tidak pernah berada dalam kelompok jamaah Islam, bagi saya bukanlah ia suatu perkara yang hina lagi buruk sifatnya, setelah usaha demi usaha dilakukan beserta pengharapan yang tidak putus-putus dipanjatkan kepada sang pencipta Rabbul'izzati, supaya dikurniakan insan yang ada padanya api dakwah yang sentiasa marak menyala, namun sepekara perlu diteliti nilaian Allah atas hambaNya bukanlah diaudit mengikut siapa hebat, siapa berkuasa, dan siapa berjawatan, dan siapa paling banyak harta, tapi perlu kita sedar yang taqwa itulah tempat Yang Allah pandang pada diri kita.


Khasnya buat para muslimat yang terkadang hampir sahaja timbul rasa kecewa, hampa serta terselit rasa kurangnya berpuas hati atas keputusan dari muslimin yang disangka dengan seberapa mudah menolak tawarannya.Baik diingat bersama pemilik mutlak kuasa pemutus segala bicara dan hal atas muka bumi ini bukanlah dia si manusia, tapi semuanya tercatit atas kehendaknya. Jadi kecewa yang kadang melanda bukanlah faktor pengubah lembaran kisah sejarah yang bakal dicorakkan masa depan, namun yang utama perlu ada adalah redha pada tentuanNya tatkala bersedia seberapa lengkap mungkin untuk hadapi cabaran yang dilihatnya besar. Masakan tidak besar cabarannya, kiranya dia si muslimat ditakdirkan untuk bersama dengan pasangannya yang yang bukan dari kelompok fikir yang sama, tidak terisi dengan kerja buat dakwah sebelumnya.

Namun kisah 'Tuhan Beri Aku Cinta' ini ana kira ada mendidik. ingatan buat muslimat tak lupa juga untuk muslimin sebagai pedoman. Kalaupun si pasangan itu bukannya datang dari galur jamaah, prinsip supaya bertegas sebelum bernikah ada baiknya. Pastikan ada murabbi sebagai tempat si pasangan rujuk dalam tempoh tertentu sebelum berumah tangga. Mungkin hanya dengan beberapa siri usrah bersama si murabbi dapat sahaja dia faham dan kenal akan apa yang sebenarnya kita mahukan dalam konteks rumahtangga dakwah. Walaupun di sana hanya ada perkenalan ringkas pasal kehidupan manusia yang beramanahkan untuk menyeru manusia, ana kira ia selaku tapak-tapak awal yang baik. Baik daripada tiada. Adapun selepas berumahtangga elemen baik seperti usrah pesan padanya ini jangan sekali ditinggalkan, kerana di sana ada mutiara hikmah yang baik untuk keluarga.

Yang lanjutnya buat para muslimin. Ingatan ini untuk diri dan rasa untuk dikongsi bersama. Kalaupun si muslimat dilihat ada hak dalam memilih siapa bakal pasangannya, ana yakin dan percaya hakikat sebenar dalam hidup munusia yang nyata kuasa memilih si muslimin lebih besar dan upaya. Soalnya, mengapa di saat muslimin yang kian tandus di kampus-kampus hari ini, dan masa yang sama berlaku lambakan yang menggunung bangsa muslimat ini, masih sahaja si muslimin ini ingin benar mencari pasangannya yang bukan dikalangan muslimat-muslimat dakwah. Hairan dan pelik di selit rasa macam-macam.


Apakah sekalipun tarbiyyah mengajar kita bahawa yang membezakan satu insan dengan yang lainnya hanyalah taqwa, masih lagi terselit bahawanya pilih yang cantik dan berharta itu adalah yang lebih utama? ( kalaupun itu yang di mahu, apa muslimat dakwah tiada yang comel-comel..huh~) Mungkin sahaja ada alasannya yang mengatakan bahawa, kenapa perlu kita sekat perluasan teritori dakwah ini kepada mereka yang belum kenal lagi jamaah, kan ada baiknya? Tapi barang perlu diingat, kalaupun diri itu merasa kuat dan mampu membentuk serta membimbing para wanita ini memahami penat susah kehidupan rumahtangga dakwah, maka silakan mencari pasangan dikalangan bukan muslimat dakwah.


Adapaun jikalau diri sendiri umpama perahu kecil membelah lautan besar berbekalkan sebatang pendayung, yang ada barangkalinya mudah sahaja dibalas ombak tenggelam entah ke mana, maka di sana ana melihat amatlah besar akan keperluannya memilih srikandi-srikandi dakwah ini. Di sana kita doa dan harapkan rumahtangga yang binaanya atas dasar yang sama bagi kedua-dua belah pihak, yakni titik temu mereka ingin membentuk bait ad-dakwah mudah-mudahan sahaja Allah berkati dan mudahkan segala urusan mereka. Yang kasihannya, para muslimat, sudahlah banyak bilangannya, banyak juga yang umurnya sudah banyak, banyak juga yang pending memanjang, akhir sekali disapu sahaja mat-mat motor yang naluri mereka tetap inginkan yang baik-baik pada mata pandang mereka, yang mampu jadi emak yang ibu buat anak-anak mereka nanti, maka dikala itu terpinga-pingalah muslimat-muslimat ini.


Akhir buat tutup bual ini, barang diingat sekali lagi, pesanan nasihat ini sekadar buah pandang untuk difikir bersama. Adakala betul, kadang kala silapnya juga ada. Namun, tegas berganda buat yang namanya muslimin, selamatkanlah muslimat kita..!!! kalau bukan kita yang menjadi suri pendidik dan pelengkap mereka siapa lagi. Mahu sahaja dilihat kelak tumbuhnya keluarga-keluarga dakwah yang banyak menjadi seri atas muka bumi ini.
Kerana tugas dakwah ini tidak akan selesai....

5 comments:

  Siti Hasunah Mohammad

November 11, 2009 5:58 PM

salam wrt..perkongsian yang menarik..semoga diambil berat oleh semua...

  myikhwanfiideen

November 11, 2009 6:56 PM

Salam buat akhi Amin al-ahibba fii al-Islam..

Kepingin sekali jari ini utk mberi sedikit respon utk entry yg brtajuk "tuhan beri aku cinta..". Kisah ini hidup dan mmg watak itu hidup. Ana bole rasa dgn degupan jantung ana..

Pertamanya..

Ana 'tabik spring' dgn MUJAHADAH yg dtunjuk oleh sdri empunya entry.. Bg ana, beliau jgnlah trlalu sedih.. Walau apapun yg difikirkan trutama “bakal-bakal risiko” kemungkinan yg d hadapi bila duduk brsama dgn bakal zaujahnya, semua itu belum PASTI akan berlaku.. Allah swt Maha kaya dan Maha Tahu.

Iya.. Secara TEORInya barangkali org akan slalu cakap.. Trutama dlm “kempen-kempen JBM” (maaf)..”Kawen dgn ssama Fikrah akan MEMUDAHkan gerak kerja slps ini”.. itu scr TEORInya.. Tapi, hakikat belum pasti..

Berapa ramai di luar sana yg KAHWIN SSAMA FIKRAH yg masih terus berjuang ? Berapa ramai di luar sana tenaga penggerak dr kalangan mereka yg bukan ‘ahli’ di dalam kampus? Ternyata, mereka lebih AKTIF dan BERTENAGA utk berjuang brbanding org2 CORE di dalam kampus. So, nk ckp di sini.. Kahwin dgn bukan ahli gerakan tdk SEMESTINYA akan MENUTUP TERUS sgl ruang dan sokongan kita kpd gerakan.. insyaAllah.. Allah itu Maha Adil.

Keduanya..

Ana rasa kes-kes seumpama ini mmg ramai di mana2 kampus.. Muslimat slalunya mghadapi mslh utk mencari pasangan.. Tmbh pula dgn ratio yg jauh brbeza.. Muslimat lebih ramai.. Bagi pandangan ana, muslimat ada ‘kelonggaran’ sedikit utk bab-bab UBM ini.. Kalaulah sblm ini, panel UbM hanya mguruskan ssama ahli.. Tapi, kali ini ana rasa UBM perlu ‘meluaskan’ skop JARINGAN kepada org luar jg.. “org luar” di sini, mksd ana calon utk muslimat SAHAJA. Sbb, faktor ratio yg tak seimbang tadi.. Tak salah bukan kalau kita tolong carikan?

Kpd para muslimat pula..

Iya, mmg kalau boleh kita nak SSAMA FIKRAH.. Atas bbrpa faktor yg kita sedia tahu.. Kita kepingin utk brkahwin dgn sorg “DAIE”,agar skurg-kurgnya kita sbg isteri mndpt SYAFAAT tatkala suami keluar berjuang wlupun kita masa itu dah disibukkn dgn kerja-kerja suri rumah dan tiada ksempatan utk keluar brjuang sama.. Tapi, kdg2 soal jodoh dan ketentuan ini dah dicatur oleh Allah swt.. Kita tak pasti dgn siapa..

Apa yg penting bg ana.. Cukuplah bakal suami itu melunaskan prkr2 BASIC sbg seorang MUSLIM.. Mksd ana, dari sudut solatnya.. Puasanya.. dan kebertanggungjwbnnya dlm rumah-tangga yg bakal dibina.. Wlupun mgkn dia bkn ‘ahli gerakan’, tapi INGATLAH dan PERCAYALAH bhw Allah itu Maha Adil buat Kita.. Iya, mungkin kt tak brpeluang utk brkahwin dgn ahli gerakan skg,, tapi insya Allah anak-anak kita pasti satu hr nanti akan “MENJADI”.. Allah tahu apa isi hati kita dan Allah dah dgr kesemuanya..insya allah.

  myikhwanfiideen

November 11, 2009 6:57 PM

Pesanan terakhir utk muslimat..

Ingatlah, tidak semua Muslimin sbegitu yg disangka.. Terlalu mudah utk mengecewakan org tanpa bersebab. Pastinya muslimin yg baik tahu bgmana PERSAAN dan EMOSI seorg muslimat. Ana tringt satu kata-kata Naqib ana, “Muslimat, wlupun dia sorg muslimat tp hatinya ttp sorg Perempuan”. So, mungkn dia punya sebab tersendiri yg ‘terpencil’ dan tak boleh disampaikan pada sesiapa..
Pd mana2muslimat yg sama.. Jgn TERLALU KECEWA shingga tawar hati pd “kesemua Muslimin”.. Kes yg dihadapi, pastinya pernah dirasai jg oleh namanya seorang MUSLIMIN.. So, lebih kurg sama.. Sandarkan semuanya pada Allah.. Ini hak Allah utk mjadi PENENTU sglnya.. Apakah kita boleh “KECEWA” pd Allah?

Bg yg dah “Settle” ssama fikrah.. Bersyukur pd kurnia Allah swt pd anda dibandingkn dgn shbt lain yg belum.. Tp, usah trlalu gembira dan yakin.. Sbbnya, mcm yg ana kata di awal2 td.. Tidak semua boleh bertahan spjg masa.. Boleh juga KECUNDANG dan TERTIARAP pada jalan yg jauh ini.. Moga semua terpelihara dari itu.

Kpd muslimin trmasuk ana..

Ana kehilangan komen bila masuk bab muslimin.. Entah kenapa..
Tapi, ana tahu mgkn apa yg brlaku.. Mungkin, soal jodoh ini hadir scr FITRAH.. Bkn dgn cara keterpaksaan dan boleh dibuat-buat.. Apakah kt boleh menipu diri, seolah berkenan dgn SESORANG tapi hakikatnya hati brkata TIDAK? Bahaya sebegini rupa kalaulah ada berlaku.. So, kita tak boleh menghukum scr total kpd sesiapa yg memilih bukan dari ssama fikrah.. Mgkn mereka ada alasan yg ‘terpencil’.. Hrpnya begitu..

Cuma bg yg BELUM, mari kita letakkan TEKAD utk melunasi salah satu manhaj tuntutan yg diletakkan oleh Rasulullah.. Dahulukan Agama dari 3 prkara yg lain.. Tapi, kalau dpt calon yg menepati keempat kriteria hadis Nabi SAW maka alhamdulillah.. Mustahil utk tiada.. Pastinya ada insya Allah.. Jadi, mengapa perlu mahu “orang luar” lagi?

Kalaulah alasan FITRAH tadi, benda itu boleh dididik.. Fitrah dtgnya dari hati.. Hati tak semestinya benar kerana pada hati duduk dua ‘org yg berkuasa’.. Sama ada akal yg dipandu oleh Iman kpd Allah atau pemandunya Syaitan yg menipu.. Maka, biarkan hati dipandu oleh Iman. Insya Allah, bila hati dah dipandu iman, maka FITRAH yg datang pastinya baik-baik belaka.. Mahukan yg lebih BERAGAMA dan BERFIKRAH berbanding mereka yg BERGAYA dan BELUM TENTU sifat dalamannya..

Imam Hassan Al-Banna meletakkan pembinaan Baitul Muslim sbg salah satu tonggak kpd Daulah Islamiyyah.. Lihatlah betapa pentingnya sebuah rumah tangga.. Dan, betapa bsr tggjwb utk kita melunasinya..

insya Allah, moga-moga hati kita ditetapkan. Ameen.

Skdr itu pandangan ana.. Syukran dibenarkan mencoret di sini..

Wassalam..

  Siti Hasunah Mohammad

November 11, 2009 11:05 PM

salam wrt...respon kepada 'artikel' akhi myikhwanfiideen...

"Wlupun mgkn dia bkn ‘ahli gerakan’, tapi INGATLAH dan PERCAYALAH bhw Allah itu Maha Adil buat Kita.. Iya, mungkin kt tak brpeluang utk brkahwin dgn ahli gerakan skg,, tapi insya Allah anak-anak kita pasti satu hr nanti akan “MENJADI”.. Allah tahu apa isi hati kita dan Allah dah dgr kesemuanya..insya allah."

subhanallah...bahagian yang ini memang benar2 menyentuh perasaan..

ALLAH tahu apa isi hati kita dan ALLAH dah dgr kesemuanya..

ALLAH tahu apa isi hati kita dan ALLAH dah dgr kesemuanya..

ALLAH tahu apa isi hati kita dan ALLAH dah dgr kesemuanya..

Insya'ALLAH...jazakallah...

  Mohd Amin Bin Mohd Hamami

November 12, 2009 4:09 PM

Bukankah sudah diingat berkali2..

'Kerja Tuhan siapa yang tahu'...tiada kisah kiranya siapapun si dia, yang penting niat kita dan usaha untuk pilih bagi jadi yang terbaik...Allah Maha Adil

Cuma salah niat yang buat kita kadang merana. Pilihan bukan untuk masa depan..tapi ramainya yang pilih untuk bahagia, suka, hati rasa gembira..yang semuanya barang seketika...